sms
Sunday, May 9, 2010

Barah

Barah adalah penyakit yang paling berbahaya. Penyakit ini biasanya menyerang orang dewasa berumur 30 tahun ke atas.

Punca terjadinya barah:
  • Terkena pancaran sinar lampu ungu, sinar X, bahan-bahan kimia dan virus.
  • Mungkin berpunca dari beberapa jenis ubat-ubatan dan hormon.



Antara tanda-tanda diserang penyakit barah:
  • Berlakunya perubahan membuang air besar dan air kecil.
  • Kerosakkan pada bahagian tubuh akibat dari luka yang tidak sembuh.
  • Pendarahan yang tidak normal
  • Keluarnya cecair dari salah satu lubang hidung, telinga dan kemaluan.
  • Kurang nafsu makan.
  • Terdapat bengkak atau kebenjolan pada badan terutama pada buah dada, kulit dan bahagian lain pada tubuh.
  • Berlaku perubahan tabiat
  • Batuk yang berterusan

Mengubati Penyakit Barah Darah (Leukemia)


Pokok Kemunting Cina menghasilkan Alkaloid Vinblastina dan Vinkristina yang boleh mengubati penyakit barah.

Ambil 20 gram kemunting cina (bunga warna putih atau merah) yang sudah dijemur dan rebuskannya. Minum airnya 2 kali sehari dan lakukan sedemikian sehingga sembuh.

Menambah Daya Rangsang Untuk Jimak

Ambil akar Tongkat Ali, rebus hingga mendidih dan minumlah setelah sejuk.
Air rebusan tersebut juga dapat mengubati penyakit malaria dan menyejukkan suhu kepanasan badan semasa demam.

Ubat Lemah Nafsu Syahwat

 Kaedah 1
Ambil sebiji limau purut, kupas kulitnya kemudian ambil 7 biji lada sulah dan bersihkan kesemuanya. Tumbuk lada sulah tersebut sampai hancur. Bahagikan limau purut dan lada sulah itu tadi menjadi 3 bahagian untuk dimakan 3 kali sehari.

Kaedah 2
Ambil 3 biji telur puyuh atau 2 biji telur ayam kampung. Pecahkan dan masukkan ke dalam gelas. Masukkan 2 sudu besar madu lebah asli dan kacau hingga sebati dan boleh diminum.

Lakukan 2 kali sehari, seelok-eloknya waktu malam satu jam sebelum tidur.

Menguatkan Tenaga Batin

Dapatkan 2 biji telur ayam kampung, satu sudu besar air kunyit, satu sudu besar madu lebah asli, setengah sudu besar air limau nipis. Cara menyediakannya ialah kacaukan telur tersebut, masukkan air kunyit, madu dan air limau nipis dan minum 2 kali seminggu.


Untuk kaum lelaki tambahkan lada sulah dan buah anggur hijau.
Friday, May 7, 2010

Anak-Anak Selsema Disebabkan Udara Sejuk



Ambil sehiris limau nipis, bubuh kapur sireh sebesar biji beras dan dua titik minyak kayu putih ke atas limau tersebut. Kemudian panggang limau tersebut dan perah airnya. Beri minum air limau tersebut kepada anak anda.
Thursday, April 1, 2010

Sesak Nafas

Bila terkena penyakit inibadan akan menjadi kurus.

Ambil 10 batang serai, gula merah sebesar ibu jari, basuh serai dan tumbuk sehingga lumat dan bubuh ke dalam periuk masukkan air sebanyak 2 gelas kemudian masukkan gula merah tadi. Panaskan sehingga mendidih dan sehingga airnya tinggal setengah dan tutup api dapur. Setelah suam tapis air tadi dan boleh diminum.

Lakukan tiga kali seminggu. Jika penyakit berkurang lakukan 2 kali seminggu.

Bila Udara Sejuk Anda Akan Sesak Nafas Atau Semput

Ambil buah mentimun, kupas kulitnya dan basuh sampai tiada getahnya. Potong kecil-kecil mengikut kemahuan andadan kukus sehingga masak. Biar kan sehingga sejuk. Kemudia taburkan ragi dan ratakannya. Bungkus dengan daun pisang rapat-rapat. Biarkan selama dua hari dan mentimun itu akan menjadi manis dan boleh di makan.



Penyakit Asma Bagi Kanak-Kanak

Jika sampa ke tahap teruk ambil hati keluang dan goreng. Buat selam 3 kali. InsyaAllah dalam masa sebulan penyakit ini akan sembuh.
Saturday, March 13, 2010

Ubat Lelah | Semput Yang Mustajab

Kaedah 1

Dapatkan hempedu ayam hitam yang masih basah atau sudah dikeringkan kemudaian telan, Insya Allah akan sembuh dengan segera.

Kaedah 2

Dapatkan 3 biji buah kelapa muda, tebuk dan buat seperti biasa kita minum. Setelah ditebuk diberi minum kepada beruk tetapi jangan sampai habis. Air bakinya hendaklah kita minum. Lakukan sedemikian selama 3 hari berturut-turut.

Perah susu kambing, tapiskan kemudian minum secara mentah setiap pagi. Jika diamalkan penyakit lelah tersebut akan beransur hilang.
Friday, March 12, 2010

Ubat Lelah Atau Semput

Tanda-tanda di serang penyakit ini ialah:
  1. Gangguan pada saluran pernafasan yang amat ketara.
  2. Pernafasan menjadi sesak berulang kali.
  3. Di ikuti batuk dan bernafas tercengah-cengah.
  4. Dada pesakit akan merasa sebak dan sempit.
  5. Serangan yang teruk membuat pesakit batuk batuk hingga membawa kepada muntah-muntah.
Tanda-tanda Awal :
  1. Selepas beberapa hari ditimpa penyakit ini, pesakit mengalami sesak nafas yang berulang.
  2. Pernafasan yang mengeluarkan bunyi yang halus.
  3. Keadaan sedemikian boleh berlaku selama beberapa hari dan mungkin berbulan.
  4. Kemungkinan mendapat penyakit ini tidak dapat dielakkan. Tetapi di bawah ini ada disediakan cara mengelakkannya atau mengubatinya.
Sebab-sebab utama Penyakit Lelah

  1. Alergi- Keadaan seseorang yang bersifat sensetif kepada sesuatu bahan tertentu seperti habuk atau bahan-bahan yang tercemar di udara yang disedut. Ada juga yang alergik kepada bulu ayam, bulu kucing, udara sejuk dan sebagainya.. Ada juga yang sensetif kepada makanan seperti udang, ubat, ais krim dan macam-macam lagi.
  2. Ubat-ubat seperti Aspirin boleh menyebebkan penyakit lelah.
  3. Keadaan alam sekitar yang tercemar boleh mentebebkan lelah.
  4. Senaman dan beriadah boleh memburukkan lagi penyakit lelah.
Cara mengawal penyakit lelah

Mengawal emosi dan tekanan perasaan

Penawar atau ubat
Dapatkan beberapa helai daun atau  tangkai bunga kecubung. Lembutkannya hingga betul-betul lembut, kemuduan jemur sehingga kering dan dibuat sebagai rokok.


    Saturday, March 6, 2010

    Termasuk Paku Berkarat

    Ambil segera sebatang bawang putih yang berdaun, buangkan kulitnya  dan celupkan ke dalam minyak kelapa, panaskan di atas api. Apabila sudah panas tampalkan pada bahagian yang terluka berulang kali. Buatlah dua kali sehari.



    Jika Tertusuk Duri

    Ambil getah betik dan bubuh di tempat tersebut. Insya Allah esoknya duri akan keluar.

    Cara Membuang Duri Dalam Kaki

    Untuk membuang duri di dalam kulit, ambil seulas bawabg merah lumurkan dengan minyak kelapa ( minyak masak) kemudian bakar hingga hangus dan tampalkan pada tempat yang luka.

    Cara Membuang Kaca Dalam Kaki

    Ambil bubur nasi yang panas dan letak di tempat yang luka kemudia tutup dengan daun sireh dan balut. Ulang selama 5 hari. Nanah akan akan keluar berserta kaca tersebut.

    Kaedah Untuk Mendapatkan Anak

    1. Berdoa kehadrat Allah sebelum melakukan persetubuhan.
    2. Lakukan persetubuhan pada masa pihak perempuan subur iaitu 14 hari sebelum datang haid.
    3. Hendaklah si isteri banyak memakan daging, ikan laut dan taugeh.
    4. Bersetubuh 3 hingga 4 kali seminggu.
    5. Mandi dan sembahyanmg dahulu sebelum melakukan persetubuhan.

    Ubat Mandul

    Hendaklah makan taugeh mentah dan seminggu sekali makan rojak nenas. Insya Allah dalam masa 5 bulan akan nampak hasilnya.

    Mencegah Pengeluaran Darah

    Ambil beberapa helai daun keledek (setela)  muda dan daun lalang muda, tumbuk kedud-duanya hingga lumat dan tampalkan di tempat yang berdarah.

    Ubat Luka

    Jika kita dapati seseorang menderita disebabkan luka, apa yang kita perlu lakukan segera ialah menghentikan pendarahan.

    Caranya:
    1. Keluarkan bendasing luar yang dapat dilihat
    2. Tekan tempat yang luka itu supaya pendarahan berhenti.
    3.  Ambil pembalut dan balut luka tersebut.
    4. Pindahkanlah pesakit kt tempat yang selesa, tetapi jika pesakit merasa sakit jangan pindahkan pesakit tersebut sebad ditakuti berlaku kepatahan tulang pada tubuh pesakit tersebut.
    Jika didapati seorang pesakit terkena api atau cairan panas yang serius yang melekat pada tubuh badannya:
    1. Biarkan kain yang melekat berada di situ, jangan di sentuh.
    2. Balut tempat yang melecur dengan kain yang bersih, biar longgar dan jangan terdedah pada udara.
    3. Berikan minuman pada pesakit setelah dia sedar.
    Ubatnya
    Supaya tidak keluar darah dan segera sembuh, potong segera sebatang anak pokok pisang (tidak kira apa pun jenis pisang) kemudian ambil getahnya dan gosokkan ke tempat yang luka itu. Insya Allah ia akan egera sembuh.

    atau

    Potong sebatang pelepah keladi candik, keluarkan airnya dan sapu ke tempat atau jari yang hampir terputus dan balutkan kulitnya di tempat yang luka atau jari yang hampir terputus tadi.

    atau

    Ambil daun kapal terbang, gumpalkan dengan kapur sireh. Kemudian tampal ke tempat yang luka. Di bahagian yang lebam pula tampalkan dengan daun setawa.

    Ubat Sakit Mata

    Ambil daun bunga melati tumbuk sampai lumat kemudian tampalkan pada kening setiap hari. Amalkan setiap hari dan hendaklah diganti dengan yang baru.

    atau

    Ambil beberapa helai daun sireh yang muda, ramaskan sehingga hancur dan masukkan ke dalam air panas. Biarkan sehingga air itu suam kemudian tapis dengan kain yang bersih.Rendamkan mata anda kedalamnya dengan mengelipkan mata.

    atau

    Ambil beberapa helai daun sireh yang bersih dan rebus dengan sedikit garam, setelah dingin tapiskan dengan kain putih dan ambil airnya. Kelipkan kelopak mata di dalam air tersebut sebanyak 3 kali sehari.
    Friday, March 5, 2010

    Ubat Uluran Angin | Karang Angin

    Ambil cuka nipah dua sudu besar dan campurkan dengan garam gunung (warnanya merah tua) sekadar jari manis kemudian kacau hingga hancur lalu minumlah cuka itu.

    Ambil kunyit kering satu kati atau satu kati pokok batang wali (akar ali-ali), kemudian kedua-duanya direbus dengan kadar 4 liter air dan biarkan diatas perapian sehingga tinggal satu cupak (11/2liter)airnya. Setelah sejuk minumlah airnya. Setelah itu minumla airnya sekadar 3 sudu besar sebanyak 2 kali.

    Ubat Penyakit Karang

    Ubat untuk penyakit karang ambil sebiji kelapa muda, tebuk jangan sampai keluar airnya kemudian pecahkan telur ayam kampung dan bubuh isinya kedalam buah kelapa tadi. Goncang kelapa sehingga telur menjadi sebati dan minumlah air kelapa tersebut sehingga habis sambil berdiri, jangan minum dalam gelas. Buat beberapa kali sehingga tidak terasa sakit lagi.

    Atau

    Potong pokok bunga matahari sekadar 1cm dari paras akarnya. Cabutlah batang tersebut bersama akar-akarnya kemudian rebus dan minumlah dua kali sehari. Amalkan sehingga tidak terasa sakit lagi.

    Atau

    Ambil daun buah Gucil, makanlah beberapa kali InsyaAllah dalam beberapa hari ianya akan sembuh.

    Atau

    Ambil air kelapa muda satu gelas kemudian bubuh kedalamnya 5 biji lada hitam yang sudah lumat ditumbuk, lalu diminum. Lakukan selama seminggu, diminum sekali sehari atau dua kali sehari.

    Atau

    Ambil pokok kacing baju (butang baju) dan campurkan dengan Rumput Laut, kemudian ditumbuk sehingga hancur lalu diperah dan minumlah airnya.

    Atau

    Ambil 7 biji buah mata ayam yang sudah masak, lalu dikunyah-kunyah hingga hancur kmudian ditelan. Makanlah satu biji sehari.

    AMARAN LARANGAN:
    Bagi mereka yang berpenyakit ini dilarang sama sekali memakan daging kambing, durian dan makanan yang pedas.

    Ubat Pecah Bibir Mulut Atau Lidah Dengan Sebab Tergigit

    Ambil getah pokok sena yang berwarna merah, kemudian bubuh ke tempat yang pecah. InsyaAllah dalam dua hari akan sembuh.
    Friday, February 26, 2010

    UBAT SAKIT GIGI

    Ambil getah pokok kemboja dan bubuh ke dalam lubang tempat gigi yang sakit. Begitu juga dengan gusi yang bengkak, bubuhkan di tempat yang bengkak
    Atau

    Ambil air suam dan masukkan sedikit cuka lalu berkumur. Buatlah beberapa kali sehingga tidak lagi merasa sakit.

    Atau

    Ambil kapas sekadar yang sesuai untuk dimasukkanke tempat gigi yang sakit. Celupkan ke dalam minyak yang sudah digunakan untuk memasak. Letakkan kapas itu di atas piring dan bakar ia buat seketika tetapi jangan sampai menjadi abu. Padamkan api lalu masukkan ke tempat gigi yang berlubang atau yang sakit tetapi jangan sampai terkena gusi.


    Atau

    Ambil buah belimbing buluh sebanyak 5 biji dan makan dengan sedikit garam.




    Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

    UBAT PENYAKIT KUNING

    Ambil buah pinang yang jatuh sendiri dari pohonnya, buangkan kulitnya, hiris isinya nipis-nipis kemudian jemur sampai kering. Apabila sudah kering ambil dan goreng tanpa menggunakan minyakhingga kelihatan seakan-akan kehitaman, dan tumbuk isinya sampai halus hingga menjadi debu. Ambil satu sudu teh debu tersebut dan campurkan ke dalam air panas. Minumlah 2 kali sehari sehingga sembuh.


    Kaedah kedua


    Ambil daun sukun yang telah tua (pokok sukun seperti pokok terap tapi daunnya bercabang tiga). Rebus daun tadi sampai airnya menjadi merah tua. Minumlah air tersebut dua kali sehari. Satu gelas untuk sekali minum. Amalkan selama beberapa hari, Insya Allah dalam masa 3 hari ia akan menampakkan kesan.



    Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

    UBAT PENYAKIT DEMAM KUNING

    UBAT PENYAKIT DEMAM KUNING

    Ambil segenggam daun dari pohon Dokong Anak (seperti daun duri kemang yang tumbuh di atas padang di kenali dengan nama daun Tiking). Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masak (air mati) yang suam ke dalamnya dan campurkan sedikit garam. Minumlah air tersebut segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu petang. Insya Allah dalam masa dua minggu penyakit tersebut akan hilang.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Jus AntiOksida Headline Animator

    Read In Your Language

    English French German Spain Italian Dutch

    Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
    by : BTF

    Langgan Maklumat Terkini

    Masukkan email anda di bawah:

    Disampaikan oleh FeedBurner

    Followers

    Add to Google Reader or Homepage

    Subscribe in NewsGator Online

    Subscribe in Bloglines

    Add to The Free Dictionary

    Add to Pageflakes

    Powered by FeedBurner