sms
Saturday, March 6, 2010

Termasuk Paku Berkarat

Ambil segera sebatang bawang putih yang berdaun, buangkan kulitnya  dan celupkan ke dalam minyak kelapa, panaskan di atas api. Apabila sudah panas tampalkan pada bahagian yang terluka berulang kali. Buatlah dua kali sehari.



Jika Tertusuk Duri

Ambil getah betik dan bubuh di tempat tersebut. Insya Allah esoknya duri akan keluar.

Cara Membuang Duri Dalam Kaki

Untuk membuang duri di dalam kulit, ambil seulas bawabg merah lumurkan dengan minyak kelapa ( minyak masak) kemudian bakar hingga hangus dan tampalkan pada tempat yang luka.

Cara Membuang Kaca Dalam Kaki

Ambil bubur nasi yang panas dan letak di tempat yang luka kemudia tutup dengan daun sireh dan balut. Ulang selama 5 hari. Nanah akan akan keluar berserta kaca tersebut.

Kaedah Untuk Mendapatkan Anak

  1. Berdoa kehadrat Allah sebelum melakukan persetubuhan.
  2. Lakukan persetubuhan pada masa pihak perempuan subur iaitu 14 hari sebelum datang haid.
  3. Hendaklah si isteri banyak memakan daging, ikan laut dan taugeh.
  4. Bersetubuh 3 hingga 4 kali seminggu.
  5. Mandi dan sembahyanmg dahulu sebelum melakukan persetubuhan.

Ubat Mandul

Hendaklah makan taugeh mentah dan seminggu sekali makan rojak nenas. Insya Allah dalam masa 5 bulan akan nampak hasilnya.

Mencegah Pengeluaran Darah

Ambil beberapa helai daun keledek (setela)  muda dan daun lalang muda, tumbuk kedud-duanya hingga lumat dan tampalkan di tempat yang berdarah.

Ubat Luka

Jika kita dapati seseorang menderita disebabkan luka, apa yang kita perlu lakukan segera ialah menghentikan pendarahan.

Caranya:
  1. Keluarkan bendasing luar yang dapat dilihat
  2. Tekan tempat yang luka itu supaya pendarahan berhenti.
  3.  Ambil pembalut dan balut luka tersebut.
  4. Pindahkanlah pesakit kt tempat yang selesa, tetapi jika pesakit merasa sakit jangan pindahkan pesakit tersebut sebad ditakuti berlaku kepatahan tulang pada tubuh pesakit tersebut.
Jika didapati seorang pesakit terkena api atau cairan panas yang serius yang melekat pada tubuh badannya:
  1. Biarkan kain yang melekat berada di situ, jangan di sentuh.
  2. Balut tempat yang melecur dengan kain yang bersih, biar longgar dan jangan terdedah pada udara.
  3. Berikan minuman pada pesakit setelah dia sedar.
Ubatnya
Supaya tidak keluar darah dan segera sembuh, potong segera sebatang anak pokok pisang (tidak kira apa pun jenis pisang) kemudian ambil getahnya dan gosokkan ke tempat yang luka itu. Insya Allah ia akan egera sembuh.

atau

Potong sebatang pelepah keladi candik, keluarkan airnya dan sapu ke tempat atau jari yang hampir terputus dan balutkan kulitnya di tempat yang luka atau jari yang hampir terputus tadi.

atau

Ambil daun kapal terbang, gumpalkan dengan kapur sireh. Kemudian tampal ke tempat yang luka. Di bahagian yang lebam pula tampalkan dengan daun setawa.

Ubat Sakit Mata

Ambil daun bunga melati tumbuk sampai lumat kemudian tampalkan pada kening setiap hari. Amalkan setiap hari dan hendaklah diganti dengan yang baru.

atau

Ambil beberapa helai daun sireh yang muda, ramaskan sehingga hancur dan masukkan ke dalam air panas. Biarkan sehingga air itu suam kemudian tapis dengan kain yang bersih.Rendamkan mata anda kedalamnya dengan mengelipkan mata.

atau

Ambil beberapa helai daun sireh yang bersih dan rebus dengan sedikit garam, setelah dingin tapiskan dengan kain putih dan ambil airnya. Kelipkan kelopak mata di dalam air tersebut sebanyak 3 kali sehari.
Friday, March 5, 2010

Ubat Uluran Angin | Karang Angin

Ambil cuka nipah dua sudu besar dan campurkan dengan garam gunung (warnanya merah tua) sekadar jari manis kemudian kacau hingga hancur lalu minumlah cuka itu.

Ambil kunyit kering satu kati atau satu kati pokok batang wali (akar ali-ali), kemudian kedua-duanya direbus dengan kadar 4 liter air dan biarkan diatas perapian sehingga tinggal satu cupak (11/2liter)airnya. Setelah sejuk minumlah airnya. Setelah itu minumla airnya sekadar 3 sudu besar sebanyak 2 kali.

Ubat Penyakit Karang

Ubat untuk penyakit karang ambil sebiji kelapa muda, tebuk jangan sampai keluar airnya kemudian pecahkan telur ayam kampung dan bubuh isinya kedalam buah kelapa tadi. Goncang kelapa sehingga telur menjadi sebati dan minumlah air kelapa tersebut sehingga habis sambil berdiri, jangan minum dalam gelas. Buat beberapa kali sehingga tidak terasa sakit lagi.

Atau

Potong pokok bunga matahari sekadar 1cm dari paras akarnya. Cabutlah batang tersebut bersama akar-akarnya kemudian rebus dan minumlah dua kali sehari. Amalkan sehingga tidak terasa sakit lagi.

Atau

Ambil daun buah Gucil, makanlah beberapa kali InsyaAllah dalam beberapa hari ianya akan sembuh.

Atau

Ambil air kelapa muda satu gelas kemudian bubuh kedalamnya 5 biji lada hitam yang sudah lumat ditumbuk, lalu diminum. Lakukan selama seminggu, diminum sekali sehari atau dua kali sehari.

Atau

Ambil pokok kacing baju (butang baju) dan campurkan dengan Rumput Laut, kemudian ditumbuk sehingga hancur lalu diperah dan minumlah airnya.

Atau

Ambil 7 biji buah mata ayam yang sudah masak, lalu dikunyah-kunyah hingga hancur kmudian ditelan. Makanlah satu biji sehari.

AMARAN LARANGAN:
Bagi mereka yang berpenyakit ini dilarang sama sekali memakan daging kambing, durian dan makanan yang pedas.

Ubat Pecah Bibir Mulut Atau Lidah Dengan Sebab Tergigit

Ambil getah pokok sena yang berwarna merah, kemudian bubuh ke tempat yang pecah. InsyaAllah dalam dua hari akan sembuh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jus AntiOksida Headline Animator

Read In Your Language

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Langgan Maklumat Terkini

Masukkan email anda di bawah:

Disampaikan oleh FeedBurner

Followers

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Subscribe in Bloglines

Add to The Free Dictionary

Add to Pageflakes

Powered by FeedBurner